Aug 21, 2009

Tarawikh

Salam,

Pagi tadik aku bangun dan terus dpt sms dari siput mbak g brekpes d Mat Cafe blakang opis aku. Cun2 aku bgn nya sms. Ttauk jak aku dah bangun tek. Ada cctv kali kat blt aku ya. Bahaya tok. Ok lekak ya aku kemas2 mandik pa suma. Tgh aku iron baju aku tersedar bahawa mlm tok dah stat tarawikh. Mulalah rami orang pegi mesgit dan suro. Aku pun bkemas dan turun ngagak siput. Bila aku pk gik balit, org g tarawikh tok biasanya awal2 bln posa jak rami d mesgit. Dah tgh2 nak ujong bln posa klak adala tinggal bbrapa saf jak gik tinggal. Cth nya d mesgit d mtg jaya yang aku salu pegi ya mula2 sampey blakang abis saf. Arum bulak nang kdak solat Jumaat jak. Ya arum bulak lah. Arum mena nya tek sik gia gilak. Ada tinggal saf utk rempuNa juak.

So aku pun carik info pasal Solat Sunat Tarawikh tok. Tok yang aku jumpa:
Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Kelebihan Sembahyang Tarawih
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Aku pun salu juak pk pasal Solat Sunat Tarawikh tok. Asal bulan posa jak aku rasa aku mok ulang perangey aku nak dolok. Dolok aku suka g mesgit. Dudok di mesgit dari Solat Suboh Sampey Zohor. Kdak orang jaga mesgit jak upa aku time ya. Nasib kawan2 ada. Dari sia kmk orang share2 kisah para Rasul dan Nabi. Time ya aku rajin baca buku kisah-kisah Rasul. Aku banyak koleksi buku2 ya dolok. Nektok aku dah simpan buku2 ya suma. Klak aku ngerugak balit buku ya.

Oklah ya jak. Selamat berpuasa dan mengerjakan ibadah puasa dengan sabar dan ikhlas.

Sekian.

2 Responses to “Tarawikh”

Ada cctv ku ngkah ku dalam bilit ko koh ekekekeke...

cokobi said...

hehe...selamat bpoasa...