Jan 28, 2010

1

Snippet: Persoalan

Salam,

Pagi tadik dah meluahkan perasaan yg dianggap sedih. Kali tok meluahkan perasaan yg agak berperasaan. Mula2 aku pk benda tok just sik brapa tp bila d pk mena2 knak ka?

Persoalan dan kemusykilan.

1. Kenak mpuan bila ditanyak maok jenis laki nak mcm ne dan bla bla bla salah satu dpd nak d maok adalah boleh membimbing and ngajar agama?

2. Laki pun sama tp berlainan sikit. Maok mpuan yg kuat agama.

3. Bila masa gik mpuan yg membimbing laki tok tek? Sepatutnya laki yg membimbing mpuan. Sik termasok dlm keadaan yg darurat.

4. Bila mpuan maok laki yg kuat agama, tp bila di ajar sik maok. Marah dan sbgnya.

5. Sebenarnya sidak maok duit atau erti kata lain maok dunia.

6. Secara am nya bila mpuan maok jenis laki camya sidak patut ubah prospek pemikiran dan bermuhasabah dirik.

7. Yakin dirik akan berubah. Bukan mengubah.

8. Tingkatkan tahap kesabaran. Selalu beribadah. Dekatkan dirik kpd Allah.

9. Boleh terimak kritikan dengan hati yg terbukak dan selalu bersedia.

10. Niat mok betol.

Kesimpulannya memang mpuan mcm tok maok lelaki yg boleh membimbing sidak ke jalan yang benar tp oleh kerana alasanya mcm ya, apa kata lelaki ya tek tiba2 berubah. Pada asalnya kuat agama tp apabila kenak pujuk rayu syaitan iblis dsbnya, betol ka laki ya sebenarnya dipilih atau mpuan ya cuma padah jak lelaki idaman mcm ne yg sidak maok atau cuma padah cukup syarat so dat org akan pk nya akan berubah.

Sik suma mpuan camtok. Ada sesetengah dpd sidak memang maok berubah menar2 tp biar berubah kerana Allah Ta'ala. Muhasabah dirik ya mun sik pande carik la unit kaunseling. Suma ya bermula dgn kita dipun jak. Maok2 sik2.

Sekian.
3

Luahan Di Suatu Masa

Salam,

Selamat hari2. Selamat selalu dan salam 1Malaysia. Masa pagi tok aku ilek. Mata sikmok tdo lekak solat subuh. Aku plan nak dok dpn pc jak. Pasya nak g ofiz. Lamak dah sik g ofiz. Beberapa jam lepas jak aku meninggalkan ofiz. So kira lamak lah ya. Ada orang seminit pun sikpat tunggu, dah ngerepak, emosi alu nak malit meja, mun bgerek alu sikmok msg 2-3 ari.

Lepas aku aku diat fb tek aku pande terkenang ndah lekak diat page org itu. Benda ya membuatkan aku berfikir. Kenak sik jadi? Mungkin ada sbb lain. Wallahualam. Allah jak yang tauk. Ini untuk anda.

Dolok masa kmk kenal ktk, ktk padah ktk diat 'kmk' rasa ingin tauk. Lekak ya bila kita dah saling kenal mengenali wujud satu perasaan yg kmk rasa kmk sikpat nak nolak. Ya dengan ati yg ikhlas kmk syg ngn ktk. Mcm yg kita polah sama. Kmk jemput ktk dtg. Kmk mbak ktk jalan. Kmk mbak ktk jumpa kwn2 yg ktk sik pernah jumpa pun. Kita bersusey. Kita pernah nyeberang jeraya sama2. Kmk sengaja potong cita tok sebab tok la kenangan manis yg rasa manis nya kejap ajak. Allah berik asbab masa ya iaitu nikmat dan amanah. Nikmat nya sik terkata apabila kita bersua, bersama dan lain2 gik yg sik melampaui batas. Amanahnya ktk masih gik dlm jagaan org tua ktk. Apabila ktk kluar dgn org lain masa ya kmk sik tentu arah. Kmk ibaratkan kmk masa ya jadi ktk pun 'guardian angel'. Apa2 yg kmk sik bkenan startla kmk sik tentu arah. Rasa nak marah ada juak ngn ktk.

Masa ya kmk nang byk berfikir. Molah kmk jadi sik tentu arah. Kita memang berpandukan satu arah, bersujud pada satu kiblat yg sama. Tapi Allah lebih tauk apa yg terbaik buat kita. Kita cuma perlu syukur jak. Yg buruk berlaku pun kita ucap Alhamdulillah, sebab? Sebab Allah akan menjaminkan kita bahawa musibah yg berlaku dlm kehidupan kita apabila kita mengucapkan Alhamdulillah maka Allah akan berik ganjaran ngn kita syurga. Walaupun kita sakit di dunia tp ketahuilah dengan amalan kita klak akhirat kita berjaya InsyaAllah. Dah terlanjur juak cita tuk. Masa mek diat gambar ktk dlm fb baruk mek realize ktk memang bukan org yg kmk carik. Ktk tauk kenak. Harap ktk memahami and harap sikda rasa apa2 antara kita 2. Kawan tetap kawan. Kmk tauk. Ktk pun pernah syg ngn kmk. Mun sik penah pun sikpa. Kmk sik kisah. Dan tok la jalan yg terbaik bagi kita walaupun kita dah jarang berkomunikasi tp kmk rasa kita masih dekat. Kita masih kawan. Rasa sayang maseh ada tp bukan mcm yg pernah kita rasa dolok. Nektok rasa sayang ya cuma rasa sayang seorang kawan. Kmk mintak maaf mun kmk pernah tersalah padah, terkasar basa, termain perasaan ktk semasa kita bersama. Semoga Allah kekalkan persahabatan kita. Insya'Allah.

Bukan sebab kmk berubah ati tapi masa kmk perlukan hidayah Allah datangnya seorang hamba Allah yg menyapa kmk. Menyentuh hati kmk. Dengan nama Allah kmk berserah n Alhamdulillah dengan berpandukan cara Islam kmk kenal dengan seseorang yg Allah berik dgn kmk. Allah kurniakan kmk seorang kwn gik sorg yg mungkin ...... kmk sik tauk nak padah apa. Mudahan Allah berik keredhaan dengan kita semua.

Sekian.

Jan 27, 2010

2

Salam Takziah

Salam,

Minggu lepas kmk orang d Masjid At-Taqwa ada polah solat hajat bagi meringankan beban adik Nur _ _ _ _(sik tauk nama blakang) so di tunggah Nur saja. Dia dalam keadaan tenat setelah tercekik daging yg d makannya pada waktu lunch. Adik Nur berusia 12 taun(darjah 6) dikatakan sedang makan daging serta menonton tv d rumahnya setelah balik dari sekolah. Ustaz Hashim yang menjadi imam pada malam itu membaca doa dan merayu supaya adik Nur selamat setidak2nya ringankan atau dipermudahkan saat sakratul maut. Lekak mlm ria sikda gik berita pasal adik Nur. Malam seterusnya aku teringat apa khabar ndak ka adik Nur. Mudahan sihat. Pasya tengah ari marek aku dah mula sikda nak pk blt hal ya tiba2 aku kat beranda luar masjid aku dengan seorang pakcik tanyak ngan Ustaz Hashim dan mereka terus berdialog.

Pakcik : Mcm ne dgn budak yg kita, yg malam tu? (nya kakar mlaya ingat U.H.M sik pande kakar S'wak).
U.H.M : Aaaaa?
Pakcik : Yang kita smayang hajat malam tu..
U.H.M : Oh.. mlm kita smayang hajat ya nya ninggal. lbeh kurang kol 1 pagi cmya nya ninggal.
Pakcik : Innalillahiwainna'ilaihirajiun. Mcm ne kes adik ya bah? Orang cne nya?
U.H.M : Nya tertelan dagin masa nya nak mkn ya. Nya amik ikit jak alu nya pegi dpn tv. Masa ya nya tertelan dagin ya alu sendat rah geruk, alu nya coba nak amik blt makin masok la dagin ya, masok rah ruang nafas dlm geruk tuk. Bukan rah rongga nak masok perut. Ada rah tepi tuk. (sambil nya tunjok geruk nya). Terus biru mukanya. Alu di antar sidak g hospital Normah. (mudahan dak geng2 normah tauk cita tok lah)

U.H.M yang seperti biasa berserban dan mengenakan jubah putihnya menerangkan keadaan Allahyarhamah Adik Nur ya tek dengan penuh serius mukanya sambil nyetat enjen keta avanza nya.

Pakcik : Subhanallah!
U.H.M : Yalah. Orang ya diam d tmn surabaya. Umo bapaknya sama umo kmk. Lebeh kurang 45 taun gia. Yalah anak nya nak paling disayangnya(dengan nada yang sedih).

Lebih kurang gia la cita sidak yang aku modipaet sikit.

Lekak ya aku terus beredar dari menyaksikan dan mendengar aksi dan perbualan mereka. Aku rasa sedih dan terharu apabila mendengar cerita U.H.M. Yalah nak kecik2 gik dah temu ajal. Arum bulak lom akil baligh gik. Mun aku pun sedih mun anak aku d timpak kejadian gia. Mudahan anak aku klak dipanjangkan umur. Amin. Aku pasya terus setat keta dan terus pegi keja. al-Fatihah buat adik Nur.

Sekian.

Jan 20, 2010

1

Zikir Munajat

Salam,

Aku ada banyak nak d cerita. Tapi sikpat suma lah nak d cita aku. Minggu lepas telah berlakunya fenomena kekuasaan Allah iaitu gerhana matahari. Awal taun tok tek berlaku gerhana bulan pada hari Jumaat dan gerhana minggu lepas berlaku ari Jumaat juak. Maka setiap masjid akan molah solat sunat gerhana. Aku sik melepaskan peluang utk solat sunat tok kerana banyak syafaat yang aku dapat disamping menyempurnakan Sunnah Rasulullah S.A.W. Nabi S.A.W molah solat sunat gerhana lebih kurang satu jam dengan surah2 yang panjang diikuti dengan khutbah. Aku ngajak Aone utk join aku memandangkan kmk 2 dah semayang Jumaat sama2 dan nya pun sik keja juak. Aku memilih utk sembahyang di Masjid At-Taqwa Kpg Pinang Jawa atau Kpg Gita. Lekak ya aku dikejutkan dengan sms dari encik manok atau Isz yg tanyak aku d cne. Aku padah aku dah d masjid gita, terus nya interested dan aku terus tarit nya semayang sama2. Lekak ya mcm biasa Ustaz Hashim sbg imam dan nya madah akan molah selama lebih kurang setengah jam memandangkan waktu gerhana matahari ya berlaku pada waktu petang iaitu dekat nak masok waktu Asar.

Beberapa surah pilihan yang dibaca oleh Ustaz Hashim ketika solat tersebut antaranya Surah Yasin, Surah Ar-Rahman dan beberapa surah lain lagi. Solat sunat gerhana dilakukan sebanyak 2 rakaat, 4 ruku' dan 4 sujud spt biasa. Lekak abis suma ya kmk 3 terus g kdey kopi sbelah masjid. Geruk aku tiba2 haus. Terus mek orang negok aek d sia. Lekak ya bersurei la kmk 3. Tapi blom blt gik ya. Kmk 2 Aone gik tinggal. Sikmok blt dolok. Terus kmk 2 g nyelepat tpt lain semadi ari dah nak Maghrib. Kmk 2 pegi India Street carik kain. Aku temu kain sal wana gelap kedak2 wana itam tapi nang wana itam cuma nya campo ngn wana purple jak. Still ok n kedak wana itam n nang pun nya wana itam. Abis sia kmk 2 g Masjid Bahagian terus Maghrib d sia. Lekak ya kmk 2 plan nak g Masjid Perumahan tapi sik jadi. Pusin gik kmk 2 g Masjid Gita sebab Bg Julai yang aku padah post yang lepas ya ada madah nak jumpa. Abis Isya' terus kmk 2 jumpa Bg Julai n amik nya sbb lesen nya dah ninggal seminggu lepas. Kmk 3 g ke Lot 1 rah area Masjid Bahagian n isik perut. Ujan malam ya nang lebat. Diikuti dengan enjen Bg Julai. Tapi mek orang sik cita kosong. Mcm biasa Bg Julai seorang pendakwah lalu d citanya mcm2 hal Sunnah wal Jama'ah. Malam berlalu begitu saja. Sekian.

Entah kenak aku rasa rindu nak Qiamullail tok ka. Ujong minggu tok ada Qiamullail dan aku akan melepaskan kerinduan suma ya kpd Allah. Aku rasa eran dolok masa zaman jahilliah aku tok bila aku molah benda tok sikda rasa pa2. Tapi bila bulan posa ya tek aku start molah terus melekat. Bukan tegal Qiamullail tapi aku berjaya mendekatkan diri kpd Allah. Aku rindu nak bertasbih sedangkan aku tengah bertasbih. Aku rindu nak berzikir sedangkan aku tengah berzikir. Aku rindu nak bertahmid sedangkan aku sedang bertahmid serta wirid. MashaAllah besarnya kuasaMu ya Allah. Tok lah dinamakan 'Tempias Ramadhan'. Mun nak mulakan sesuatu yang baik ya bagus dipercepatkan dengan hati yang Ikhlas. Paling bagus dalam bulan puasa sebab bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Mudahan aku berterusan mcm tok sehingga aku menemui ajal. AMIN.

Hasbi Robbi Jallallah

Mafi Qalbi Ghairullah

Nur Muhammad Sallallah

Lailahaillallah

Tubna Ya Allah....Tubna Ya Allahu Ya Allah

Waroja'na Ya Allah.. Waroja'na Ya Allahu Ya Allah

Wanadimna Ya Allah. Wanadimna Ya Allahu Ya Allah

Sekian.

Jan 12, 2010

1

100

Salam,

Sbenanya blog tok dipolah sik ngekot plan pun nak molah. Bila asa ati nak molah blog tok alu terus polah. Bila nangga post ya tek dah ke 100 lalu terus d polah title. So sikda gilak cerita. Cuma aku ingin berpesan dgn dirik ku pun ttg kematian. Gne ndak upa aku mati? Mesti terasa kesakitan sakratul maut ya. MasyaAllah. Sik sanggup aku nak merasa kesakitan ya.

Hmm.. ilang dah idea aku. Ishh... apa ka tiba2 cita hal kematian. Ngutik jak ya. Bah ngan tok jak dolok blok tok. Lak nyambong gik eh. Kosong jak upa blok tok tek. kekekekeke...

Sekian.

Jan 8, 2010

1

Cerita Palestin

Salam,

Tok adalah blog tgh mlm atau awal pagi yg aku penah polah. Leka aku surfing carik info pasal kain serban, bukan tegal kesalahan memakai tapi carik org jual kain serban aku terbaca sigek artikel pasal cinta bla bla bla. Ikuti kisah cinta ini dan bacalah.

Lamaran dari Bumi Palestin

Dalam kedinginan air cond di bilik kuliah ini, tiba-tiba bebola mataku tertarik kepada seorang gadis yang bertudung litup, berpakaian jubah, dan berwajah kearaban. Hatiku tertanya-tanya. “Dari mana pulak minah arab ni?”. Aku perhatikan gadis arab yang duduk di sudut dewan kuliah itu hanya keseorangan dan membaca sambil menunggu pensyarah masuk. Sedang aku memasang langkah untuk mendekati gadis itu dan berbual-bual dengannya, tiba-tiba pensyarah sudah ada di hadapan.
Pada kuliah itu pensyarah sejarah pemikiran ekonomi, Profesor Ikhwan telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk diberikan tugasan dalam kumpulan. Alangkah gembiranya hatiku apabila mendapat tahu bahawa gadis arab itu satu kumpulan denganku. Selepas kuliah kumpulan kami mengadakan sedikit perjumpaan. Pada masa itu aku berkesempatan mengenali gadis arab itu dengan lebih dekat lagi.
“.” Aku memulakan bicara..
“waalaikumsalam warahmatullah.” Jawab gadis arab itu sambil tersenyum manis.
“Kamu boleh cakap melayu tak?.” Tanyaku dalam nada yang kurang yakin.
“Saya sudah lima tahun di sini dan boleh berbahasa Melayu.” Jawab gadis dengan Bahasa Melayu yang lancar. Kagum sungguh aku dengan kebolehan berbahasa Melayu gadis arab ini.
“Oh ya, nama saya Afanizam.”
“Nama saya Siti Hawa dari palestin.”
Rupa-rupanya gadis arab ini berasal dari palestin. Sebuah negara yang menjadi perhatianku kerana kerakusan penceroboh dari bangsa yahudi. Ini buatkan aku ingin bertanya lagi.
“Kat sana tiada universiti ke?”
“Ada, tapi sudah musnah oleh keganasan Israel.” Jawab Siti Hawa dalam nada yang sedih.
“Negara kamu sekarang tengah bergolak, apa peluang perkerjaan kamu di sana selepas habis belajar?”
“Memang kami tidak ada peluang tetapi sekurang-kurangnya kami telah melaksanakan tuntutan islam supaya mencari ilmu, kan menuntut ilmu tu satu ibadah, betul tak?”
“Betul. Betul.” Jawabku sambil tersenyum.
“Sebenarnya saya sungguh simpati dengan nasib saudara-saudara kita di sana, dan saya
menyokong apa jua gerakan untuk membebaskan bumi Palestin dari pencerobohan Israel.”
“Terima kasih, saya begitu hargai sokongan kamu dan masyarakat disini. Sebenarnya kami bukanlah pengganas seperti yang didakwa, malahan kami dahulu yang telah diganasi oleh israel.”
“Keluarga kamu macam mana?” Tanyaku lagi.
“Kedua-dua ibu bapa saya telah terkorban dalam satu serangan tentera Israel.”
“Oh, saya minta maaflah. Semoga kamu bersabar.”
“Tak apa, saya redha dengan apa yang terjadi, eh sabtu depan kampus ada majlis keamanan sejagat untuk palestin, kamu datanglah sebagai tanda sokongan kepada perjuangan kami.”
“Insya-Allah.” Jawabku dengan ringkas.
“Oklah, saya minta diri dulu kerana ada kelas.” Pinta Siti Hawa.
“Oklah jumpa lagi, jaga diri baik-baik.”
“Terima kasih.” Balas Siti Hawa sambil mempamerkan senyuman yang manis.
Sejak pertemuan itu aku amat tertarik dengan perwatakan Siti Hawa, aku lihat dia seorang yang gadis yang lemah lembut tetapi cekal dan mempunyai semangat perjuangan yang tinggi.

Pada majlis keamanan sejagat untuk Palestin kelihatan begitu ramai sekali mahasiswa yang datang, menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Palestin mendapat perhatian dari mahasiswa pelbagai lapisan agama dan kaum. Dalam lautan mahasiswa itu, bebola mataku tercari-cari seorang yang bernama Siti Hawa, namun dalam lautan manusia begini memang susah untuk mencari seseorang. Tepat pukul 9.00 malam majlis pun bermula. Ketika itu aku dapat rasakan kedinginan air cond dewan besar ini telah dihangatkan dengan ucapan-ucapan berapi yang penuh semangat dari dua orang panelis yang mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin. Dalam fikiranku, kalaulah kabinet Ariel Sharon bapak pengganas tu tahu tentang majlis ni, sudah tentu F/A18 Hornet dihantar untuk membedil dewan besar ini. Bila tiba panelis ke-3 aku agak terkejut. Rupa-rupanya Siti Hawa adalah salah seorang panelis yang mewakili rakyat palestin dalam majlis itu. Aku lihat gadis palestin ini berucap dengan begitu bersemangat dan telah memukau ribuan mahasiswa dalam dewan besar ini. Segala pengalaman di bumi Palestin diceritakan dengan begitu menyayat sekali sehinggakan ada mahasiswi yang menangis. Dan itulah kali pertama aku melihat air mata Siti Hawa. Air mata jernih yang memancarkan seribu penderitaan umat islam Palestin.

Pagi jumaat ini aku hanya ada satu kuliah sahaja. Habis sahaja kuliah aku terus keluar untuk bersarapan. Dalam perjalananku ke Restoran Maulana untuk bersarapan tiba-tiba ada satu suara memberi salam.
“.”
“. Eh ustaz, minum ustaz.”
“Ana baru minum tadi. Ni ana dapat maklumat ada 'kenduri' lepas jumaat ni kat Masjid Ar Rahman.”
“Kenduri? kenduri apa tu ustaz?”
“Untuk membantah keganasan Rejim Israel. kalau tak ada apa anta datang la.”
“Insya-Allah ustaz.”

Dengan membawa kain serban aku menuju ke Masjid Ar Rahman untuk bersolat jumaat di sana. Tengah hari itu kelihatan jemaah begitu ramai sekali yang terdiri daripada mahasiswa di sekitar Lembah Klang sehingga ada yang terpaksa membuat saf jemaah di luar. Sebaik sahaja solat selesai para pimpinan mahasiswa memberikan ucapan yang berapi-api membidas kekejaman Israel yang disambut dengan laungan takbir dan kecaman terhadap Rejim Zionis. kami bersiap untuk berarak dari masjid secara aman dengan membawa pelbagai kain rentang. antaranya tertulis, “Hidup islam hancur Israel!” Akupun mula menutup mukaku dengan kain serban seperti pejuang Hamas dan memakai winbreaker untuk menghadapi kemungkinan ditimpa ‘hujan asid’. belumpun kami melangkah, telah kedengaran bunyi dari hailer.
“Dalam masa 5 minit kamu semua diminta bersurai!”
“Perhimpunan ini adalah tidak sah mengikut akta polis.”
“Sila beri kerjasama. Sila beri kerjasama.”
“Saya ulangi bersurai sebelum pihak kami mengambil tindakan.”
Di depan kami FRU telah bersiap sedia dengan belantan dan perisai. Yang amat menggerunkan sekali, sebuah lori water canon dengan muncung meriamnya dihalakan ke arah kami bersedia untuk menurunkan ‘hujan asid’ pada bila-bila masa. dalam keadaan yang agak gawat ini, pimpinan mahasiswa meminta kami semua bertenang sementara mereka berbincang dengan pegawai polis untuk mendapat kebenaran berhimpun. Selepas beberapa minit berbincang kami tetap tidak dibenarkan untuk meneruskan perhimpunan dan nampaknya kami terpaksa mengakhiri perhimpunan dengan bacaan doa untuk kesejahteraan umat islam di seluruh dunia. Tetapi belum sempat bacaan doa dihabiskan kedengaran bunyi loceng diikuti semburan air dari lori water canon. Keadaan menjadi semakin gawat. Ada yang cabut lari menyelamatkan diri dan ada yang bertahan situ. Laungan takbir bergema dalam suasana yang gawat itu
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
“Allahu akbar!”
Barisan FRU mula mengejar dan membelasah sesiapa sahaja yang ada di depan mata mereka. Sekalipun orang itu tidak tahu-menahu tentang demonstrasi itu. Mataku begitu pedih kerana ditimpa oleh ‘hujan asid’. Dalam kesamaran, mataku terpandang seorang muslimat yang telah diperlakukan dengan begitu kasar oleh anggota FRU hingga tudungnya hampir tertanggal. Aku begitu marah dan dengan nekad terus menghayunkan topi keledar ke arah anggota FRU tersebut sehingga anggota FRU tersebut tersungkur. Aku membawa muslimat itu lari ke tempat yang selamat. Bila keadaan reda baru aku perasan, rupa-rupanya muslimat yang aku selamatkan itu adalah Siti Hawa.
“Eh, kamu ke Siti Hawa?” Aku bersuara dengan termengah-mengah.
“Masya-Allah, kamu rupanya yang selamatkan saya.” Siti Hawa juga terkejut.
Tiba-tiba aku lihat Siti Hawa menangis lalu aku bertanya.
“Kenapa kamu menangis?”
“Saya menangis bukan kerana sakit dikasari oleh mereka, tapi saya sungguh sedih kerana sebuah negara yang didakwa sebagai negara islam sanggup mengasari orang yang berhimpun untuk membantah kekejaman Rejim Zionis.”
terkedu bila aku dengar kekesalan yang diluahkan oleh Siti Hawa itu. Itu belum lagi aku ceritakan tentang pasukan kriket Israel yang ditatang, rakyat yang membantah pula diterajang pada tahun 1995.

Persahabatan aku dengan Siti Hawa telah hampir 2 tahun dan ini adalah hari terakhir aku dapat bertemu dengannya. Hari ini aku bertekad untuk meluahkan isi hatiku kepada Siti Hawa yang telahku pendamkan selama hampir dua tahun.
“Apa rancangan kamu selepas ini?”
“Insya-Allah selepas ini saya akan balik ke negara saya, Saya telah dilamar di sana dan saya telah menerima lamaran itu.”
Aku hanya tersenyum mendengar katanya itu tetapi dalam hatiku amat kecewa kerana gadis Palestin ini telah dilamar orang. Sayang sedalam-dalam sayang, bunga yang ku puja akan sunting orang. Namun begitu aku redhakan hati ini dan berdoa semoga dia bahagia. Pada keesokan harinya aku mengiringinya ke lapangan terbang.
“selamat tinggal wahai sahabatku, hulurkanlah doa untuk perjuangan kami di sana, saya akan tetap merindui kamu.”
Itulah kata-kata terakhir yang keluar dalam mulut Siti Hawa sebelum dia berlepas. Hari itu juga ku lihat lambaian terakhir darinya dengan wajahnya yang begitu berseri-seri dan bercahaya sekali. mungkin itulah gambaran kegembiraannya yang akan pulang ketanah airnya dan akan berumah tangga dengan pemuda yang dikasihinya.

Sudah sebulan berlalu, aku menjadi pegawai tadbir di sebuah jabatan kerajaan. Namun begitu aku tetap merindui Siti Hawa. Semasa perkenalan dengannya dahulu dia ada memberi nombor telefon bimbitnya kepadaku tetapi aku rasa tidak manis kalau aku ganggu gadis yang akan menjadi isteri orang. hari ini cuti hujung minggu, namun aku tetap bangun awal pagi. Mungkin kerana kebiasaan aku sejak menuntut di universiti lagi. Pagi itu aku tidak bercadang untuk kemana-mana, aku hanya berehat di rumah sahaja. Selepas sarapan aku membaca surat khabar. Aku terus membuka halaman berita antarabangsa kerana bagiku berita-berita dalam negeri adalah tidak adil dan tidak beretika. Tiba-tiba jantungku seperti hendak gugur apabila terbaca satu tajuk berita yang berbunyi, “Seorang lagi serikandi Palestin yang bernama Siti Hawa telah melakukan operasi syahid di pos kawalan tentera Israel dengan meletupkan diri sendiri.” Aku seperti tidak percaya dengan apa yang aku baca. Rupa-rupanya maksud lamaran oleh Siti Hawa dulu adalah lamaran untuk berjihad dan mencapai syahid. Dalam masa yang sama isyarat SMS dari telefon bimbitku berbunyi. Bila aku buka, rupa-rupanya ianya adalah SMS dari Siti Hawa yang tertulis, “sebenarnya saya juga mencintai kamu, tetapi saya lebih mencintai Allah dan rasulNya.” Dengan tak semena-mena air mataku mengalir. Aku yang selama ini tidak pernah menangis kerana mempertahankan keegoanku kini menangis tanpa mempedulikan alam sekeliling ku. Selepas solat aku menyedekahkan bacaan Surah Yassin kepada arwah dan berdoa semoga arwah diberikan syahid yang tertinggi oleh Allah.

Hmm.. sungguh menyayat hati. Mun aku pun sama kes juak kali ngn laki ya. Kali jak.. Lom tentu mena..

Sekian.

Jan 7, 2010

0

Ditegor

Salam,

Marek aku ditegor oleh sorang yang salu dengan aku jemaah di masjid. Masa ya dah nak masok waktu Maghrib. Aku kadang2 salu kenak sebelah nya. So aku rasa nya ingin mengenali aku oleh kerana tiba2 ada muka aku di sia recently. Aku rasa sik salah juak. Ne tauk sidak mikey aku terrorist ka nak kekeke. Sikdala. Aku manusia biasa yang berpegang dengan ajaran Islam. Bah.. Aku ditegor orang ya nanyak:

Orang itu: Err... ktk masih belajar ka?
Aku: aaaa...sikda. kmk dah keja. bisnes dirikpun
Orang itu: Oo.. hehe. Ingat ktk maseh keja tek. Brapa umo ktk?
Aku: Masok 26 dah taun tok.
Orang itu: Oohhh.. hehe.. ingat ktk gik maseh skolah tek. Kmk diat muka ktk kedak miak umor 18-19 taun gia bah..hehehe sori ah.. muka ktk "childish" gilak.
Aku: Eheheheheheheehehehe..ok sikpa.. dah biasa.. (Wakakakakakaka lam ati lah. sikkan nak leput ati tetak dpn nya)

Sengan ya jak la tek kmk 2 bklakar. Lekak ya dah masok solat.

Ok. Nak share ya jak tek. Adoi... kenak ka? Sik kenak nya. Miss nya. Nangga keta gugok dari atas tek.. Ok sik cayak kau ku sembat klak agik asa kau! kekeke..

Sekian.

Jan 3, 2010

0

Dabus Rohani

Salam,

Pertama kali aku nak ucapkan selamat tahun baru. Post entry pertama utk taun 2010. Selang beberapa hari aku ada menceritakan tentang lelaki misteri yang aku jumpa. Lelaki itu memang misteri. Aku cuba utk melarikan diri dpd dia. Insya'Allah. Ya Allah berikan aku petunjuk siapakah dia. Adakah niat dia bagus atau memperdaya semata2. Amin.

Dan selang beberapa hari hati terubat utk melihat seorang ustaz yang aku amat kagumi selamak tok iaitu Ustaz Hashim Man. Dia seorang ustaz yang best :8) eheh. Ustaz pergi bcuti dekat2 nak sebulan. Maka Masjid At-Taqwa pun sikda suara yang lunak mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran semasa solat berjemaah. Pada malam 31hb lepas lekak aku amik wudhuk rah tpt wudhuk masjid ya aku terus keluar. Maka dengan ati tkejut aku bertemu ustaz Hashim tengah kakar2 ngan org. Wah.. Subhanallah. At last aku btemu dan sempat kakar ngan ustaz buat kali pertama. Lekak Isya' ustaz ada menerangkan tentang solat gerhana bulan. Sidak akan molah solat ya malam ya disertakan solat sunat tasbih.

Aku sik melepaskan peluang keemasan ya. Yalah. Dpd aku sikda polah pa2 d umah masa nu yer bagus aku beribadah. Ada juak akaun di masa akhirat klak. Ada juak pakey ku mbak masa alam barzakh klak. Hmm.. ok. Masa solat sunat ya diadakan pada waktu tgh malam. Berbeza sikit dengan waktu Qiamullail yang selalu dipolah. Jemaah yang hadir alhamdulillah. Ada juak dpd sikda. Aku rasa sidak sik tauk. Org yang salu dengan aku Qiamullail pun sikda. Aku rasa nya sik tauk. Dah waktu subuh bok nya rasa kesal sikit sebab sik dpt join. Nya madah nya dok umah jak sikda polah pa2. Mun nya tauk maok nya join. Ok berbalik kepada solat itu, aku menjempat Aone sekali. Kedong nya cuti esok. Jadi aku pun mbak nya semadi nya lom penah solat sunat tasbih. Nya pun setuju jadi kmk 2 la pegi mlm ya. Masa solat sunat gerhana bulan ya selesai maka Ustaz Hashim pun berik la khutbah sikit.

Tok la Ustaz Hashim Man tengah berik khutbah mengenai gerhana bulan dan kematian.

Ok setakat tok jak la entry awal taun tok. Insya'Allah kita btemu gik klak.

Sebelum berundur dirik aku ingin kongsi sebuah lagu lamak yang didendangkan oleh kumpulan kopratasa.

Baju putih, selendang putih,
Mari dibawa pergi sembahyang.

Allah kasih, Muhammad kasih,
Rasulullah terlalu sayang.

Ertikan kehidupan ini,
Ucapkan syukur kepada-Nya,
Rabbul ‘Izzati Tuhan sesungguhnya,
Pasrah dan redha akar insani.

Waktu hidup di dunia,
Janganlah leka terpesona,
Oleh jaring segala kepalsuan.

Dengan wajah keindahan,
Tabir halus yang mengasyikkan,
Terkapar hayat sampai ke akhirnya

Kopratasa - Dabus Rohani

Sekian.